Blogger Pages

Thursday, October 23, 2008

Cerita Lucu Lagi 2

Rakanku dan Penimbang..?


Pada suatu petang sekumpulan rakan berjalan-jalan di pusat membeli belah.

Mereka pun berhenti seketika dimesin penimbang yang canggih, iaitu mesin yg boleh bercakap.

Rakan 1 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Anda terlalu kurus!

Rakan 2 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Anda terlalu gemok!

Rakan 3 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Tolong berdiri seorang sahaja di atas penimbang...

Maka berdekahlah rakan-rakannyer yg lain dan orang yg ada kat situ... ... .

P/s: Kepada mereka yg terasa aku takada niat untuk mengutuk, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan...


Atuk dan Nenek...?


Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV... Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu.. nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."



Jujur Tapi tak Ikhlas..?


Pada satu hari,
Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan
kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah
Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak
perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak
buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu
memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar
tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye
pulak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina
Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab...
"ya, itulah isteriku... "

Pari Pari pun marah "Sungguh ku tak sangka, kau yang
jujur satu masa dulu telah menjadi tamak"
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab
"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada
Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney
Spears... kalau aku katakan 'tidak' juga,
barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya',
kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang
miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

No comments: