Blogger Pages

Thursday, November 20, 2008

BACALAH....

KISAH PERKAHWINAN

Saat indah awal perkahwinan... .

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku... ..!


Sesudah 5 tahun perkahwinan... ..

Korang baca dari bawah keatas pulak... ..heheh


TIDUR SEKATIL DENGAN SUAMI ORANG

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).

Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang,sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu).

Ema pula adalah seorang wanita yang memilikisegala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan.Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis.Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhankerana katilnya memang kecil. Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:


"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi:

"Abg Andy... "

Kali ini Andy langsung menjawab: "Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:

"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Keh keh keh. Tension kan. Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.


KAWANKU MATAHARI

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?"

Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Doktor : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti... "

Doktor : "????"


ANAK, MENANTU DAN MENTUA...

suzana (bknnama sbnr)dan razman(bkn nama sbnr) adalah pasangan kapel yang paling bahagia dr sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bsma di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di dalam kelas..

sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuahU swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya utk m'ikut sgala kehendak nya.. salmah adlh ibu kpd suzana sulaiman..

pd suatu hari, salmah m'dpt tau bhawa anak tunggalnya kuar dgn seorang lelaki iatu razman. dia m'dgr kabar itu drpd jiran2 nya. dia pun naik berang dan sgt marah t'hdp razman& mnyimpan dendam trhdp lelaki itu.. salmah memberhentikn pngajian anaknya dr U itu..dgn niat utk memisahkn mereka.

3bln kemudian dtglah razman dgn rmbgan mmnang ke rumah suzana. ibu nya terpksa akur dgn percintaan mereka krna mnyedari bhawa anaknya itu x scntik mna & x dipndg oleh mna2 lelaki.

stlh 1thn b'lalu mereka pn di ijab qabul kn.. bajet nak g honeymoon kat tioman..tp malang yg mnimpa mereka.. mereka eksiden semasa otw nk g tioman..

yg b'tmbh malangnya mka suzana m'alami luka truk sehingga kulit muka nya hlg. salmah terlalu bnci kpd razman apabila mngatahui brita tersebut..

razman cuba utk m'prbaiki keadaan.. sblm ibu nya sempat smpai ke hospital itu, razman cube b'bncg dgn dokter utk mmbuat pmbedahan pd muka isteri nya..dia b'cdg utk mndermakn kulit nya. dokter setuju ats cdgn itu..lalu mereka pn mmbuat pmbedahan itu dgn segera..

stlh 3ari terlantar di hospital,salmah dtg utk mlwat anak nya..salmah berasa amat gembira dan b'syukur krana ada insan yg sggup mndermakan kulit utk anaknya..dia pun m'meluk,lalu mncium pp anknya itu dgn pnuh k'gmbiraan.. tp,dndam nya trhdp razman blm berakhir..

salmah trus mnerpa ke arah dokter & 'tnyakn siapa yg sggup mndermakn kulit kpd anaknya.. dokter tringat akn jnji nya kpd razman spaya m'rhsiakn hal ini drpd pngatahuan salmah..
jd,dokter hnya mnjwb " seorg lelaki tlh mndermakn nya & dia tdk mahu diknali"..salmah akur & agak kcewa dgn jwpn dokter..

**pss: hal yg sbnrnya razman telah pun mendermakn sebahagian kulit pggung nya kpd isteri t'syg utk kelihatan sempurna & cntik.. cuba lah klu rahsia ini tbngkar & salmah tau pp anaknya yg di cium itu adlh kulit drpda pggung mnantu yg di bnci nya..


MACAM-MACAM ADA


Singa Yang Baik Dengan Pemburu Berakal Panjang Tapi X Berguna

Pada suatu hari seorang pemburu sedang berburu di dalam hutan. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seekor singa yang ganas. Dalam situasi yang tegang dan ketakutan, dia pun berdoa kepada Tuhan. Ketika dia mengintai melalui celah matanya, dia melihat bahawa si singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu : Ah, singa yang baik! Selamatlah aku dari menjadi mangsanya!

Singa : Ye lah tu aku baik, dan singa yang baik juga akan berdoa sebelum makan betul tak?

Dan demikianlah cerita seorang pemburu dengan seekor singa.
Eh..eh..kejap2.Ada lagi sikit nak tambah... .

Kali ni korang mesti nak tau mcm mana pemburu tadi boleh selamatkan diri... Macam ni..dia buka seluar.Singa tadi pun tutup la mata seba malu nak tengok.Maklumlah singa betina.Kalau korang dalam situasi macam ni pun korang mesti tutup mata kan? Kalau bukan, korang kena jumpa kaunselor la... Sambung balik... .Apa lagi.langkah seribu la pemburu tu. THE END.. Kalau ada idea yang baik lagi kongsi la dengan aku.


Anda Tahu Siapa Aku?


Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya."Banyak dapat ikan, kawan?" tanya orang itu.
"Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar."
"Hm, anda tau siapa aku?"
"Tidak," jawabnya.
"Aku pemilik kolam ini."
"Dan anda tau siapa aku?" tanya lelaki itu cepat-cepat.
"Tidak."
"Aku pembohong besar di kota ini."



Ingat! Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat ! Seperti bom tangan." Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Demikianlah adanya... .

No comments: