Blogger Pages

Thursday, October 23, 2008

Cerita Lucu Lagi...

Hantu Kentut...?

Aku nak cerita satu cerita hantu nih..baca ye... cerita dia macam nih...
cerita ni berlaku kat gua musang kelantan..ada sorang taxi driver ni suka sangat cari duit lebih..dia selalu bawak teksi malam , lepas tu kalau orang naik, dia kenakan mahal2..orang terpaksalah sebab takut nak tinggal sorang2...

satu malam tu, dia tengah tunggu mangsa kat stesyen bas kat bandar tu..dia tu tunggu bas express dari mana2 yang sampai tengah malam buta..sebab lama tunggu tapi takde pun bas sampai, dia pun nak chow la... .tengah dia start engine teksi tu, ada satu bas dari kl menuju ke kota bharu singgah kat situ. tapi ada sorang aje penumpang yang turun. pompuan seksi pulak tu... dia pun tersengih la... .nampak mangsa la tu... .dia pun cepat2 keluar dari teksi dan pegi kat pompuan tu..cantik jugak pompuan tu..rupa dia, sikit2 macam you la... . ( just kidding..)

tapi pompuan tu bawak beg tangan aje..dia pun offer la nak hantar pompuan tu..sebab malam dah larut, embun pun dah turun dan lagi pulak senyap sunyi kat bus station tu, pompuan tu pun setuju ajelah... .(baik2 sikit..dah nak suspen ni... ) lepas tu, pompuan tu pun duduk la kat seat belakang..kampung dia lebih kurang 15 minit dari bandar tu... tapi memang ceruk gila la..

teksi driver ni ingat nak berbual2 ngan pompuan tu sepanjang perjalanan, tapi pompuan tu senyap aje..pemalu agaknya..masa dalam teksi tu, harum dengan bau minyak wangi pompuan tu aje..sepanjang-panjang perjalanan tu diorang tak cakap apa..

bila dah keluar sikit dari bandar tu, kiri kanan tinggal hutan aje..malam pulak tu gelap gila... mamat tu drive slow aje...

TIBA-TIBA... (jeng..jeng..jeng... .), pemandu teksi tu tercium bau busuk sangat... .dia cool aje mula-mulanya, tapi makin lama makin busuk pulak..dia dah mula gelabah! dia cuba tengok kat cermin kereta, tapi pompuan tu tunduk aje..makin lama makin busuk! dia pun drive laju sikit sebab dia dah tak sedap hati

dah le sepanjang jalan tu gelap gelita... .tak lama lepas tu..diorang lalu kubur orang Islam... lepas aje kubur tu, pompuan tu suruh lelaki tu berenti..dari jauh, pemandu teksi tu nampak le ada cahaya lampu kejauhan macam dari sebuah rumah..lelaki tu dah berpeluh habis! pompuan tu pun tanya berapa bayaran, pemandu teksi tu jawab le, 3 ringgit aje..biasanya, kalau jauh macam tu dia charge sampai 20 ringgit..tapi standaard lah kan..dah takut tu... .

lepas bayar, pompuan tu cepat- cepat keluar..lelaki pun lega la..bau busuk pun dah hilang..tengah dia nak start engine balik tu..tiba- tiba ada orang ketuk tingkap kereta dia! dia terus berdebar2 gila... dia taknak pandang sapa yang ketuk, tapi secara automatik aje tangan dia lowerkan tingkap tu..dia jelinglah, lalu ternampaklah dengan ekor mata dia,pompuan tadi kat ingkap tu..pompuan tu masih tunduk..tetiba aje pompuan tu pun cakap:

"Encik, maaflah pasal bau busuk dalam teksi tadi..saya terkentut sebab sakit perut sangat. siang tadi baru makan telur pulak tu... " lepas aje dia cakap tu, dia pun berlari ke arah rumahnya dan kedengaran lah oleh pemandu teksi tu sayup2 bunyi kentut pompuan tu yang tengah sakit perut gila..yang dia asyik tunduk dalam teksi tu sebab dia malu dia terkentut. sekian, terima kasih..


Cumbuan Pertama...?

Lepas abis kuliah jer aku terus gi bandar. ala nak hilangkan tensionlah katakan. petang tue memang aku tension giler coz pensyarah yang mengajar tue memang membosankan.

masa aku tengah duk lepak kat pondok rehat yang disediakan, aku ternampak sorang awek cun. memang cun gilerlah. awek tue duduk kat salah satu pondok rehat yang berada tak jauh dari pondok rehat aku. apalagi aku pun berdesup lah pegi kat awek tue.

sesampai jer aku kat awek tue, apalagi aku bagi salam lah dulu. lepas tue aku minta kebenaran dia nak duduk kat sebelah dia. yang pasti awek tue bagi respon baik nyer lah, apalagi dia bagi aku duduk kat sebelah dia lah.

memang segan bercampur banggalah duduk kat sebelah awek cun nie. yelah mana tak bangganya kalu dapat duduk kat sebelah awek cun nie. kalu lelaki lain duk memandang kat aku tak ker jelez.

lama gak lah aku duk mandang kat muka awek nie sampai dia pun naik segan. aku bukan aper tergamam tengok muka dia yang cun giler tue. utk hilangkan kegamaman aku tue, aku pun tanyalah dia mengenai diri dia. lepas dia abis duk ceghita pasai diri, dia pulak tanya pasai diri aku. aku pun terangkanlah A sampai Z kat dia.

selepas sessi suai kenal tue abis. aku pun duduk mula lah susun ayat. mula-mula skali aku tanya kat dia kalu2 yang dia dah ada empunya. dengan spontan dia jawab takde. pelagi aku pun ayat lah lagi. ayat-ayat punya ayat lepas tue nak jadi kan kisah dia sudi jadi awek aku. apelagi aku pun suka giler lah. mana taknya cinta segera macam nie tak ramai orang leh ikut dah ler petang tue aku tengah bosan dan dan terubat ngan benda baik macam nie. alahai nasib badan lah katakan.

hari nak kat malam. kebetulan kat seberang jalan tempat kita orang rehat ada pawagam. pelagi aku pun ajaklah awek aku nie gi tgk wayang dan dan pulak citer yang ditayangkan masa tue citer jiwang. apalah bertuah giler lah aku masa tue. aku rasa aku langkah kanan sebelum kuar campus tadi.

masa kat dalam pawagam, tangan aku duk merayap kata awek aku tue dan lepas tue aku nak kiss lah dia. dan dan masa aku tgh duk kiss dia tue. BEDEGANGGGG... . aku rasa kpala aku amat sakit masa tue. aku rasa benggang lah. aku pun duk tanya lah orang yang ketuk kpala aku ngan sudip tue :

aku : oi mangkuk, yang kau ketuk kpala aku ngan sudip tue pehal?
X : oi, kau perasan tak yang ko tue mengingau dah ler liat nak
bangun solat subuh. apalagi aku pun ketuk ler kpala ko ngan
sudip.
aku: ahhh... (melopong) ape? aku ngigau rupenye ... lah mati2
aku ingat aku dapat bercumbu ngan awek cun tadi.
X :bercumbu ngan awek cun aper... aku tengok ko duk
bercumbu ngan dinding kat tepi katil ko tue ade ler.
aku: ermmm... malang nasib aku pertama kali bercumbu ngan
dinding ... .


Kisah Seram...?

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya " Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini? "Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??" Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...

'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya..'' Tapi hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya... seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni... seorang diri pulak tu...

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu... Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... Tiba-tiba... dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi .Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya... .

Dia pun beranikan diri dan bertanya.. ''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat... '' '' Saya ada kelas yasin... '' jawab perempuan tu ''Tapi.. putihnya lain macam aje... tak pernah pulak saya tengoknya '' tanya lelaki tu lagi. ''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??'' '' Eyea... lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya... '' '' Ehh takkan sampai seram...?????

No comments: