Blogger Pages

Wednesday, April 2, 2008

Releks Sebontar.............***

Sekadar hiburan.....

Chot Kencing

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun masuk bilikair. Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet… Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri…Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah… dia buat dah perangai lama… Awat hang kencin dlm peti ais…???

Kisah Cacing

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.
"Ibu, manusia itu apa…?" Tanyanya "Hisssh…. kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.

Pak Pandir

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul
taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,"Lembik…macam taik."Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Kenapa tak ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.

PENJAGA LANDASAN KERETAPI

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Diadihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.
"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu
lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo….tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar."
hahahahahahaha…

No comments: