Blogger Pages

Wednesday, April 2, 2008

Jom Senyum....

Mayat Yg Tersenyum...

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


Nombor Pin

Suatu petang yang agak panas,Azman ingin mengeluarkan wang lalu dia pergi ke mesin Atm yg berdekatan dengan rumah beliau.Dia beratur di belakang seorang pemuda yang agak tampan sedang mengeluarkan wang.Azman cuba melihat pemuda itu mengeluarkan wang.

Pemuda: Hoi!!ape yang kau terjenguk-jenguk ni,hah?Engkau
mengendap aku tengah keluarkan duit,yer?!
Pemuda itu naik angin apabila mengetahui yang azman sedang melihat dia mengeluarkan wang.
Azman : Hahaha... .aku dah tahu nombor pin kau.hahaha...
Pemuda itu sangat terkejut kerana azman mengetahui nombor pinnya lalu dengan marah pemuda itu berkata...
Pemuda: Kalau kau tahu,ape nombornya?!
Azman : Alaahh..ape la susah sangat,******!kan?



Kisah 4 Ayah....

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu Sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised" Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation" Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!" Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"


Cacing & Arak....

Satu pagi kat sebuah sekolah rendah, Seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak - anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan 2 gelas minuman yang masing masing berisi dengan air mineral dan arak.

Cuba perhatikan murid - murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul betul. Cacing yang di sebelah kanan saya akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang di sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul - betul "Semua mata tertumpu kepada kedua dua ekor cacing tersebut. Seperti yang telah dijangkakan, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang - renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat anak - anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikajinya

Baiklah murid - murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi Dengan penuh yakin anak - anak muridnya menjawab,

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN DI DALAM PERUT..MINUMLAH ARAK... "

Guru: "Hancur! Hancur!!! Gelap masa depan korang.."


No comments: