Blogger Pages

Wednesday, April 2, 2008

Jom Santai...................

Cerita Hantu.........

Tersebutlah kisah 2 org hantu. mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la utk
mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.sepanjang perbualan mereka, hantu B
ni x habis2 mengigil. lalu hantu A y kehairanan pun bertanya,
"Apasal kau asyik menggigil je?"
"Oh... ... .cara aku mati dulu teruk... ... ...
aku mati dlm peti ais... ... .
SEJUK!!!"... .jawab hantu B sambil menggigil lagi...
"Oooo... ..kesian... ..aku dulu mati sebab heart attack."
kata hantu A ramah.
"kau memang sakit jantung kronik ye?
apasal ko xg buat operation?
kalau x,sure kau tengah lepak2 ngan family kau sekarang."
balas hantu B
"dah, aku dah buat dah!
lain fact mase aku mati tu,aku in recovery.
panjang critenye... .."
jawab hantu A sayu...
"ceritala sikit... .sambil2 lepak nih.."
"camni... aku syak isteri aku main kayu 3 ngan aku.
so this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku...
aku pura2 gi keje tapi actually aku park keta aku
kat simpang hujung umah aku je. seperti y aku syak,
masuk sebuah keta kat carpark umah aku. aku rilex dulu sebab nak carik mase
sesuai tangkap diorang."
"so, ko dapatlah tangkap diorang?"tanya hantu B penuh minat.
"tak. aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. y aku heran,mase aku masuk umah aku.
aku tanye isteri aku tapi dia takmo jawab. so aku pun lari2 sekeliling umah aku nak
carik jantan tuh.
abis sume bilik aku cariktapi takde pun. last2,sebab penat sangat berlari carik
jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack.
and aku xsangka aku mati lak... ." kata hantu A mengakhiri ceritanya dgn kesedihan
hantu B terdiam mendgrkn cerita hantu A.
selepas beberapa ketika,
hantu B berkata,
"kenapa kau tak check kat dlm peti sejuk? kalau kau check kat situ, sure kita ber2 still
hidup lagi.


Telekom........


Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat
canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan,
baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad
tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.
Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang
satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat
ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu,
beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi,
Ali sorang2 je handle
Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st
customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia
tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia
memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia,
dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje),
ini perbualan Ali ditalipon.
“Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala dato’ bayar kat
saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato’, lagi pun sudah terlalu
banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan
keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato’…baik dato’… Oklah dato’…nanti kita jumpa
kat hotel hilton malam ni….ok dato’….bye”
Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil
di depannya tadi, menunggu Ali.
“Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana
menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan,
banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik”
tanya Ali.
Lelaki tu menjawab “ Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic
gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line.......


Rahsia Ayah PIN........

Al kisah, ayah pin boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg dikehendaki dan dlm
sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya. Sungguh hebat ayah pin..begitulah
kata pengikutnya yg setia. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak
dirisaukan oleh ayah pin tetapi permintaan tersebut tidak melebihi RM500,000.00
sehari, dan sekali seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh
ayah pin..
Suatu hari, ayah pin berjalan di kota metropolitan KL dengan harapan
untuk mencari ahli baru kerajaan langit dan merekrut mereka agar menjadi pengikut
setianya. Selepas puas berjalan ayah pin singgah di satu kedai mamak untuk minum
bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia memanggil pelayan kedai
tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran. Pelayan tersebut memberikan
resit yang bernilai RM200 kepada ayah pin dan
dengan kembang lubang hidung ayah pin pun menyeru jumlah tersebut sebanyak 4x
dan membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah pin bagaimana
dia melakukannya, ayah pin pun memberi satu syarat iaitu 'kalu demo nok tahu, keno
joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi tau..' maka pelayan tersebut
bersetuju dengan pelawaan ayah pin.

Setelah memdapat seorang ahli baru ayah pin pun beredar dan
memerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah pin tertarik
dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu Ferrari di dlm kedai
kereta Naza World, terdetik dihati ayah pin untuk memilikinya..ayah pin pun menuju
ke kedai tersebut dan melihat-lihat kereta yg diidamkannya itu.
Ayah pin memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapa
harga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang kereta
tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan tiba-tiba dia
berkata 'kawe noklah kalu *regho tu tapi bagi pok cik maso dale *sejhe dulu buleh?
Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek lagi pok cik mari bagi pitih ko demo'.

Setelah sejam berlalu ayah pin pun muncul dan bersama dengannya ada 1 guni plastic
yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu bertanya kepada ayah pin di
mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah pin menjawab 'kalu nok tahu keno joing
kerajae langit dulu, pah tu baru buleh bagi tau'. Jurujual tersebut bersetuju dengan
cadangan ayah pin untuk menjadi pengikutnya.

Selepas segala urusan selesai ayah pin pun pulang dengan kereta
barunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru bersama dengan
pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya ertanya macam mana dia
boleh dpt duit dengan senang sekali, dia memjawab bahawa dia adalah utusan tuhan dan
akan mendapat apa yang dihajati dlm sekelip mata (dalam hati ayah pin berkata ' *kore
ni suma budoh cayo ngan aku haaa..haaa..)

Ayah pin memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik istemewanya untuk
memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah pin masuk dan berbaring diatas tilamnya
yang tak penah basuh dan mendapati sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka
dan membacanya. Selesai membaca surat tersebut ayah pin tiba-tiba meraung dengan
sekuat-kuatnya lalu pengsan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik
itu dan mendapati ditangan ayah pin ada sepucuk surat dan mereka membacanya?suratnya
berbunyi bergini...

===
Kepada : Ayah Pin

Daripada : Toyol A/l Tolol

Perkara : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari Duit

Aku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab ko aku hampir
jadi biol nak curi duit sebanyak RM485,000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke?
Lepas ni kalu ko nak duit pergi curi sendiri.

Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?

Bye dari aku,

ToYol

- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah pin
- nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol
- jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka! dah kene?

Legend (Lagenda?)
*wak = buat
*regho = harga
*pah = lepas
*methar = sebentar
*sekek = sikit
*pitih = duit
*sejhe = sejam
*kore = korang


Keta Kecil..........

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma
ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.
Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut.
Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...
Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang.
Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'... !!!



Setin Air............


Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan
anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia
keluar dari perut saya."
si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah...
mende aku nak goreng kadi tua ni... .
kadi pun tanye si jantan... "hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"
"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam
vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman.
saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "

P/S :

1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "

Nenek Yang Malang.........


Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.
Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta
pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek
tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia
bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"
Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah orange dan sebab itulah
beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan
cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris
itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir,
dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam
tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"
Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange
itu menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai
airnya kering."

No comments: