Blogger Pages

Wednesday, April 2, 2008

Mai Lepak-lepak Jap.......


Pontianak Yg Lucu.......


Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu itu... habiissss aku kerjakan!!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.

Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah". Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".

Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" "Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err aku tadi tak nampak".


Kesah 1

"Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden.
Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ... dalam loghat kelantan la
"nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"
Nurse tu selamba jer jawab... .
"wad kencing masam takde... .wad kencing manis ader la"... .

Kesah 2

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa
dok! tor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga
jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... .
Kemudian masuklah Makcik Bedah... . Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... . soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...


Kesah 3

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain... ... . "maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya". Sekali lagi dia cuba bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wan! ita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan sa ya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri... .

Sekian Terima Kasih..



No comments: