Blogger Pages

Sunday, March 15, 2009

Lawak Pagi Buta : Kisah Tok Imam Dan 3 Mangkuk Ayun

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala... " dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee... "

Tok imam pun terkedu & terpana...

No comments: