Blogger Pages

Thursday, November 20, 2008

BACALAH 4...

CITE MLM PENGANTIN

Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka
melanggan perempuan."
"Ho oh."
"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dalam keadaan separuh sedar dia menjawab, Terima Kasih Bang, datang lagi ya... !"


TEMUDUGA LANUN

Kisah lanun yang tiada kena mengena dengan Kapal Melati tu..

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga : "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki : "Cedera ketika perang dunia kedua"

Penemuduga : "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki : "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga : "Mata kamu pula?"

Lelaki : "Suatu hari ketika hujan saya mendongak ke langit lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga : "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki : "Bukan itu sebabnya,mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk utk menyapu tahi itu."


UDANG JANTAN UDANG BETINA...???

kisah berlaku di sebuah kampung. Seorang suami bekerja sebagai kelasi kapaltelah pulang ke rumah setelah tiga bulan berada di atas kapal. Dalam perjalanan pulang dia telah berkira-kira untuk
melepaskan rindu bersama-sama isterinya.

Setibanya di rumah, dia terus meluru ke arah isterinya sambil berkata "Yang... ..abang nak lah !!". Isterinya pun menjawab : "malam sikitlah bang... kan anak ada tu" sambil menunjuk anak mereka yang berusia 12 tahun itu. Si suami tak puas hati... mana tak, dah tiga bulan tahan, balik2 tak dapat! bengang beb.

Last2, si suami mencari idea untuk menyuruh anak nya keluar dari
rumah... sejam pun jadilah. Last2, dia pun mendapat idea, dipanggilnyasi Amin, anaknya.

" Min... abah dah lama tak makan udang, engkau boleh belikan udang galah kat kedai tak? Tapi, aku nak seekor udang betina dan seekor udang jantan"

Si amin mengerut dahi " Macam mana saya nak kenal udang jantan dengan betina ayah ?"
"Alah... .kau pandai2 lah carik!"
Begitulah muslihat si ayah. Fikirnya dengan cara beginibolehlah dia melengah-lengahkan masa anak nya... so bolehlah dia melayan isterinya.

Si anak yang dari tadi kebingungan telah keluar dari rumah dan duduk seketika di bawah rumah. Sambil2 berfikir macam nak bezakan udang jantan dengan betina, tiba2 dia terdengar satu bunyi yang amat asing dari atas rumah dan terdengarlah dia perbualan antara si ayah dengan si ibu.
Sambil kedengaran bunyi2 yang asing itu, tetiba terdengarlah dia ibunya berkata2 kepada si ayah... .

" Hai bang... panjang tangan nampak" Kata si ibu, apabila dilihatnya tangan suaminya merayap begitu rakus sekali.
" Mestilah... .tengah stim !!" Jawab suaminya... .anaknya terkedu!!!!
Selepas beberapa seketika amin terdengar lagi perbualan

" Hai yang... .terjegil mata nampak" Kata si suami apabila melihatkan gelagat isterinya menjegilkan mata kerana menahan keseronokan semasa si suami sedang mendayung.
" Mestilah tengah stim !!" Jawab pula si isteri... .anaknya makin kebingungan.

Selepas tu, si amin terdengar satu bunyi yang begitu kuat dari bilik
ayahnya... dan tetiba suasana sunyi.
Selang beberapa ketika dia terdengar ibunya berkata " Bang jangan rendam lama2 sangat!"

Suaminya menjawab: "Alah... rendam lama2 pun bukannya reput"
Si anak tersenyum... dia bangun dan terus kekedai membeli pesanan bapanya.
Apabila pulang ke rumah, bapanya sudah menanti kepulangan anaknya, maka terjadilah satu perbualan antara anak dan ayah.

" Kau dah beli udang ?"

"Dah sambil menunjukkan dua ekor udang kepada ayah nya?"

" Mana satu udang jantan?" Tanya ayahnya.

" Yang ni... .sebab tangan dia panjang!"... jawab anaknya dengan
confident. Bapanya mengerut dahi.

" Mana satu udang betina?" Tanya ayahnya lagi

"Yang ni... sebab mata dia terjegil" jawab anaknya.

" Kurang ajar... kau mengendap ye... " Kata si ayah sambil menampar anaknya. maka tersungkurlah si anak... .bertaburlah
udang yang dibelinya sehingga jatuh ke dalam longkang .

Dengan marah bapanya berkata " Kutip udang dalam longkang tu... karang terendam pulak !"

Anak nya menjawab " TERENDAM PUN BUKAN NYA REPUT!!!!!"

Moral of da story... kalu sape2 yg ade ank yg dh beso 2... kalu nk lepaskn rindu... make sure jauhkan dari kanak2...


PONTIANAK DAN DARAH

Di sebuah kampong terdapan sebuah Cafe yang khusus untuk puntianak. Di sana tersedia semua jenis darah dalam botol-botol minuman yang terdiri dari berbagai darah segala kalangan manusia.

Puntianak Eropah masuk:
"Mau minum, Tuan?" tanya pelayan.
"Ya, beri saya sebotol darah bangsawan abad ke 17"
"Ada tapi harganya seribu ringgit, Tuan"
"No problem, saya ada Credit Card"
Darah bangsawan diberikan, dia mengeluarkan Credit Card dan meletakkannya di meja, lalu minum darah tersebut dengan puas.

Puntianak Korea masuk:
"Mau minum, Tuan?" tanya pelayan.
"Saya minta darah segar dari seorang gadis remaja"
" Tujuh ratus ringgit, Tuan"
"No probrem, saya ada banyak wang"
Darah segar diberikan, dia mengeluarkan wang kertas dan meletakkannya di meja, lalu minum dengan puasnya.

Akhir sekali datang Puntianak dari Bangladesh:
"Mau minum, Tuan?" tanya pelayan.
"Mmmmmm minta segelas air panas saja"
"Ops?? Puntianak mana minum air, Tuan"
"No problem, saya tahu apa yang saya buat.."
Air air hangat diberikan, dia mengeluarkan ?tuala wanita terpakai? dan mencelupkannya ke air hangat, lalu minum dengan puasnya.
Pelayan tersenyum?. dan berkata walaupun susah geliga juga puntianak ni??


DIHANTUI ROH SIMATI...???

Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari... kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua... mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh... dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga... satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari... tapak kaki naik turun tangga... suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.
Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi... dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut... dia tgk nombor tuh... mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.

Abg dia pun reply balik "Adik... abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia... "Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku.

"Tanya mak... mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"

ROGAYAH YANG KANTOI

Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya.

Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya. Kenapa Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.

Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya! Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderlah pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke, peliklah jugak.

Baju... Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ? Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju takde lengan, mini skrit... Memang tak heran la kalau semua orang mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah. Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih. Kenapaaaaa.. ... ?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah. Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal sampai opis. "Morning... " Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.
Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!
"Rogayah tak puasa ke??" Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah bungkusan teh tarik dan nasi lemak ditangan rogayah .
Arghhhh... Patutlah!!!! Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!!
Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2...

Moral: Kalau tak posa tu cover2 la... org lain senggugut jugak..

BACALAH 3...

TETEKMU KERANDUTKU...?

Belum pun sempat Dramang melihat pancutan susu keluar, tiba-tiba dia terasa kelangkangnya ditendang kuat. Betul-betuk kena anunya. Dramang tergolek ke tanah. Sakitnya bukan kepalang!

Rupa-rupanya kerbau itu telah menedang Dramang dengan kaki belakangnya. Mungkin kerana ia merasa amat sakit ataupun terkejut bila Dramang memicit kantung susunya.

Merengkok-rengkok Dramang menahan senak yang amat sangat itu. Rasa macam mahu pecah sahaja telurnya. Suara mengerangnya yang kuat mengejutkan Pok Teh Yik yang dalam perjalanan ke situ. Berkejar orang tua itu bila melihat Dramang menggelumpur di atas tanah.

“Ya Allah! Apa kena dengan kamu ni?” tanya Pok Teh Yik cemas. Dipangkunya kepala Dramang. Dibuatnya seperti orang yang sedang nazak yang perlu diajar mengucap pula. Pada perkiraan Pok Teh Yik, Dramang telah ditanduk kerbau. Namun dia kemudiannya merasa hairan kerana tiada pula luka atau darah di tubuh Dramang. Hanya kedua-dua tangan Dramang menekup celah kelangkangnya.

“Kerbau tanduk anu kamukah?” soal Pok Teh Yik lagi.

Lama juga Dramang membiarkan pertanyaan Pok Teh Yik tak berjawab. Dia hanya mampu menyerigai. “Kerbau tu tendang saya, tepat kena telur. Saya ingat telur saya dah pecahlah, Pok Teh,” katanya dengan suara yang tertahan-tahan. Setelah diperiksa, hati Pok Teh Yik lega bila mendapati Dramang tidaklah cedera seteruk mana. Hanya lebam-lebam biru sahaja.

“Kenapa pula dia tendang kamu. Kamu ada usik dia kah?” tanya Pok Teh Yik akhirnya.
“Saya cuba perah susunya. Tiba-tiba dia tendang saya. Jahat betul!” marah Dramang.

Pok Teh Yik mengerut kening. “Kerbau tu? Itu kerbau jantan Pok Teh. Kerbau jantan mana ada susu,” ujarnya.

“Eh, kerbau jantan Pok Tehkah? Alamak! Macam mana boleh tersilap? Tapi kerbau tu ada tetek besar, Pok Teh. Mesti banyak susu,” kata Dramang.

“Ada tetek? Mana?” Soal Pok Teh Yik.
“Tu yang terjuntai tu,” Dramang menunjukkan seketul benda yang berayun-ayun tergantung di perut kerbau.
“Itu bukan teteklah, Itu kerandut telur kerbaulah bodoh!” kata Pok Teh Yik lalu ketawa besar!
Hahahahahahahaha….
“Itu kan kerbau jantan. Kamu pergi picit kerandut dia apa hal?”
Hahahahahahahaha….
"Kamu picit kerandut kerbau, kerbau tendang kerandut kamu balik, padan muka."
Hahahahahahahahah…..


APA ITU SEX???

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu..

Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni... seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..


NAME:... ... ... ..
SEX:... ... ... ...
Class:... ... ... .
Subject:... ... ... .


APEK TEPI KUBUR???

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas...

Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja (shift malam). Tayar motor pancit pulak tu. Jadi kena lah sorong motor. Rumah jauh jugak lagi. Sampai kat satu simpang, Dol dan Man pun ambik le short-cut. Nak cepat sampai sebab dah ngantuk sangat.

Tapi shortcut tu lalu kat kubur cina. Seram jugak dua orang tu tapi buat-buat berani sambil buat-buat lawak... tak nak tunjuk takut le tu. Tiba-tiba dengar macam bunyi orang buat mengetuk batu. Bulu roma Dol dan Man dah tegak... Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu kat satu kubur. Rupa-rupanya sorang apek sedang memahat batu kubur.

"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam... bikin orang suspen saja... esok siang buat laa... ", kata si Dol (marah-marah).

"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis... ", kata apek tu...

???????aaaa....


MALAM PERTAMA..KEDUA DAN KETIGA

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama... " bisik hati Ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "b aru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,

"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir... !"


RANGKAIAN CERITA LAWAK


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..


Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ??


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk... ... .. Benci ... ... ..


Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.


So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"

Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."

So polis tu tanya lagi, "BETUL KER "
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"


Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ??


Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

BACALAH 2...

ATAS KATIL?...BAWAH KATIL...???

Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!
Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu.


Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?
Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.
Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?
Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.
Doktor: Ya..bagaimana?
Malek: Dia suruh saya potong kaki katil... .


KASUT???

Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam. Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya. Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.

Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, "Osshh! Ketatnya!".

Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi... .. Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit je sayang".

Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan... ahak..ahak... ahak... ...

moral: kena ler... standby... kasut kahwin 2 ker..3 ker... .. Tak ler kalut macam kejadian di atas...


POLIS DAN PEMANDU..???

Sebuah kereta memecut dengan laju kerana pemandu lewat ke tempat keje.Kebetulan sebuah ambulan berade dalam kecemasan, semua kenderaan memberi laluan dan pemandu kereta tersebut mengambil kesempatan mengekori ambulan tu. Tiba-tiba datang kereta peronda polis dan mengarahkan pemandu tadi berhenti.

polis :Kenape awak memandu dalam kelajuan yang melebihi
had
pemandu:Tolong lah encik ,saudara saye berade dalam ambulan
tu, tu yang saye ikut dengan laju.
polis :Awak nak kelentong pun agak-agak le sikit.Saye pun
tengah ikut ambulan tu, sebab kat depan sane ade
kemalangan.
pemandu:??!!!!!!!!


KISAH DUA SEKAWAN..?

adelah dua sahabat baik nih yg tinggal sekampung..diorang nih da lamer da bekawan... yg kesiannyer..dorang nih sm2 pekak...

nk dipendekkan cite... sorang nm nyer samad..sorang lagi samit... ader la st hari tu... samad dressing smart2 laaa..pas tu dier g la tngu bus kat st bus stop kt kmpung diorang tu...

kebetulan la plak si samit lalul kt ctu... ikuti perbualan samad ngan samit... .

samit: amboi2... .smart nmpak..nk g mn tu??nk ke pusat bandar ker

samad: takla... aku nk g pusat bandar kejap..ader barang nk beli cket...

samit: ooooo...ingatkan nk g pusat bandar tadi....


KISAH JAGUNG DAN AYAM...???

"Jagung dan Ayam Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki tu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktorpun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "?????"


BABY KONTOT

aku ada sorang pakwe..namer dia akmal... .tapi kami tak penah pun jumpa,cuma dia penah tengok abg aku..itupun terserempak masa abg aku accident ngan van hari tue.tapi..aku tak tau la kenapa dia suka kat aku sedangkan dia tak penah tengok aku... tapi tak pa la,aku tak mau la kecewakan dia,so..aku pun terima la dia..malam hari tue dia tepon la aku... .dia pun tanya la tinggi aku berapa,aku pun kata la yang aku nie tak tinggi sangat cuma 150 cm... .
pas tue dia sengaja nak ngusik aku... .nak tau apa dia panggil kat aku ... "baby kontot"... ..
arghhhhhhhh... .geramnya aku...
ala... aku tau la yang dia cuma gurau jer... .tapi geram tau!!!... .bila aku teringat balik... nak tergelak pun ada..

haaa... .tue la cerita pakwe aku panggil kat aku "baby kontot"... ..hehehehe...


CICAK YANG BUDIMAN


Pada suatu hari, termenunglah seekor cicak yang sedang mengenangkan nasib diri dan keluarganya .Setelah sekian lama berfikir dan berfikir dan berfikir ..tanpa disedari tiba-tiba ia terjatuh .Bahaya ni!!!!! sebaik sahaja sampai di atas lantai, dengan sepantas CAHAYA ia kembali semula memanjat naik ke atas siling dan sambil berkata ,Fuu... .nasib baik aku sempat tahan siling ni, kalau tidak mesti dia jatuh jugak macam aku... ... .


PISANG

Pada suatu hari, 3 sekawan telah di hadapkan ke Mahkamah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di dalam ZOO NEGARA. Beginilah dialog antara Tuan Hakim dan 3 sekawan itu di dalam mahkamah.

Hakim : wahai ketiga0tiga pemuda sila sebut nama anda dan kesalahan yang anda lakukan.

Pemuda 1 : Nama saya Ali. Saya dituduh kerana mencampak pisang ke dalam kendang singa.

Hakim : Kamu pula wahai pemuda??

Pemuda 2 : Nama saya Halim. saya dituduh kerana bersubahat dengan Ali untuk mencampak pisang dalam kandang singa.

Hakim : Kamu pula wahai pemuda??

Pemuda 3 : Saya ke Tuan Hakim.Errr... Nama saya PISANG. Saya la yang mereka campak di dalam kandang singa tu wahai Tuan Hakim... .

Hakim : ... ... ... @!!&^#(!#

BACALAH....

KISAH PERKAHWINAN

Saat indah awal perkahwinan... .

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku... ..!


Sesudah 5 tahun perkahwinan... ..

Korang baca dari bawah keatas pulak... ..heheh


TIDUR SEKATIL DENGAN SUAMI ORANG

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).

Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang,sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu).

Ema pula adalah seorang wanita yang memilikisegala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan.Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis.Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhankerana katilnya memang kecil. Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:


"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi:

"Abg Andy... "

Kali ini Andy langsung menjawab: "Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:

"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Keh keh keh. Tension kan. Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.


KAWANKU MATAHARI

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?"

Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Doktor : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti... "

Doktor : "????"


ANAK, MENANTU DAN MENTUA...

suzana (bknnama sbnr)dan razman(bkn nama sbnr) adalah pasangan kapel yang paling bahagia dr sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bsma di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di dalam kelas..

sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuahU swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya utk m'ikut sgala kehendak nya.. salmah adlh ibu kpd suzana sulaiman..

pd suatu hari, salmah m'dpt tau bhawa anak tunggalnya kuar dgn seorang lelaki iatu razman. dia m'dgr kabar itu drpd jiran2 nya. dia pun naik berang dan sgt marah t'hdp razman& mnyimpan dendam trhdp lelaki itu.. salmah memberhentikn pngajian anaknya dr U itu..dgn niat utk memisahkn mereka.

3bln kemudian dtglah razman dgn rmbgan mmnang ke rumah suzana. ibu nya terpksa akur dgn percintaan mereka krna mnyedari bhawa anaknya itu x scntik mna & x dipndg oleh mna2 lelaki.

stlh 1thn b'lalu mereka pn di ijab qabul kn.. bajet nak g honeymoon kat tioman..tp malang yg mnimpa mereka.. mereka eksiden semasa otw nk g tioman..

yg b'tmbh malangnya mka suzana m'alami luka truk sehingga kulit muka nya hlg. salmah terlalu bnci kpd razman apabila mngatahui brita tersebut..

razman cuba utk m'prbaiki keadaan.. sblm ibu nya sempat smpai ke hospital itu, razman cube b'bncg dgn dokter utk mmbuat pmbedahan pd muka isteri nya..dia b'cdg utk mndermakn kulit nya. dokter setuju ats cdgn itu..lalu mereka pn mmbuat pmbedahan itu dgn segera..

stlh 3ari terlantar di hospital,salmah dtg utk mlwat anak nya..salmah berasa amat gembira dan b'syukur krana ada insan yg sggup mndermakan kulit utk anaknya..dia pun m'meluk,lalu mncium pp anknya itu dgn pnuh k'gmbiraan.. tp,dndam nya trhdp razman blm berakhir..

salmah trus mnerpa ke arah dokter & 'tnyakn siapa yg sggup mndermakn kulit kpd anaknya.. dokter tringat akn jnji nya kpd razman spaya m'rhsiakn hal ini drpd pngatahuan salmah..
jd,dokter hnya mnjwb " seorg lelaki tlh mndermakn nya & dia tdk mahu diknali"..salmah akur & agak kcewa dgn jwpn dokter..

**pss: hal yg sbnrnya razman telah pun mendermakn sebahagian kulit pggung nya kpd isteri t'syg utk kelihatan sempurna & cntik.. cuba lah klu rahsia ini tbngkar & salmah tau pp anaknya yg di cium itu adlh kulit drpda pggung mnantu yg di bnci nya..


MACAM-MACAM ADA


Singa Yang Baik Dengan Pemburu Berakal Panjang Tapi X Berguna

Pada suatu hari seorang pemburu sedang berburu di dalam hutan. Di tengah jalan, dia bertemu dengan seekor singa yang ganas. Dalam situasi yang tegang dan ketakutan, dia pun berdoa kepada Tuhan. Ketika dia mengintai melalui celah matanya, dia melihat bahawa si singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu : Ah, singa yang baik! Selamatlah aku dari menjadi mangsanya!

Singa : Ye lah tu aku baik, dan singa yang baik juga akan berdoa sebelum makan betul tak?

Dan demikianlah cerita seorang pemburu dengan seekor singa.
Eh..eh..kejap2.Ada lagi sikit nak tambah... .

Kali ni korang mesti nak tau mcm mana pemburu tadi boleh selamatkan diri... Macam ni..dia buka seluar.Singa tadi pun tutup la mata seba malu nak tengok.Maklumlah singa betina.Kalau korang dalam situasi macam ni pun korang mesti tutup mata kan? Kalau bukan, korang kena jumpa kaunselor la... Sambung balik... .Apa lagi.langkah seribu la pemburu tu. THE END.. Kalau ada idea yang baik lagi kongsi la dengan aku.


Anda Tahu Siapa Aku?


Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya."Banyak dapat ikan, kawan?" tanya orang itu.
"Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar."
"Hm, anda tau siapa aku?"
"Tidak," jawabnya.
"Aku pemilik kolam ini."
"Dan anda tau siapa aku?" tanya lelaki itu cepat-cepat.
"Tidak."
"Aku pembohong besar di kota ini."



Ingat! Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.

"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat ! Seperti bom tangan." Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Demikianlah adanya... .