Blogger Pages

Thursday, October 23, 2008

Cerita Lucu Lagi 2

Rakanku dan Penimbang..?


Pada suatu petang sekumpulan rakan berjalan-jalan di pusat membeli belah.

Mereka pun berhenti seketika dimesin penimbang yang canggih, iaitu mesin yg boleh bercakap.

Rakan 1 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Anda terlalu kurus!

Rakan 2 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Anda terlalu gemok!

Rakan 3 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Tolong berdiri seorang sahaja di atas penimbang...

Maka berdekahlah rakan-rakannyer yg lain dan orang yg ada kat situ... ... .

P/s: Kepada mereka yg terasa aku takada niat untuk mengutuk, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan...


Atuk dan Nenek...?


Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV... Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu.. nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."



Jujur Tapi tak Ikhlas..?


Pada satu hari,
Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan
kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah
Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak
perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak
buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu
memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar
tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye
pulak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina
Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab...
"ya, itulah isteriku... "

Pari Pari pun marah "Sungguh ku tak sangka, kau yang
jujur satu masa dulu telah menjadi tamak"
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab
"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada
Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney
Spears... kalau aku katakan 'tidak' juga,
barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya',
kau akan berikan mereka bertiga padaku. Aku yang
miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"

Cerita Lucu Lagi

Kancil Lebih Power..??

Ada sebuah kereta Kancil sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke KL. Tiba-tiba enjin kereta tu mati. Driver tu pun park kat tepi.. tengok apa masalah kereta dia.. Lebih kurang 5 minit lepas tu.. ada satu BMW datang dan park depan Kancil tu tadi. Driver BMW tadi keluar dan berjumpa dengan driver Kancil tu.

Driver BMW: "Apa masalah dik..?"
Driver Kancil: "Ntah laa.. tiba-tiba je enjin ni mampus"
Driver BMW: "Boleh saya tengok"
river Kancil: "Silakan.. terima kasih "

Driver BMW ni tadi sibuk laa duk terjenguk-jenguk kat enjin Kancil tu. Dia pun pening kepala.

Driver BMW: "hmmm.. dik duk mana?"
Driver Kancil: "KL"
Driver BMW: "Macam ni jelah.. saya tarik kereta awak sampai KL, lepas tu bila sampai KL awak pegi la ke workshop."
Driver Kancil: "OK, mekasih bang" jawab driver Kancil
Driver BMW: "Saya pun nak ke KL ni. Ada tali"
Driver Kancil: "Ada.."
Diorang pun sibuk la duk ikat kereta dorang dengan tali. Bila dah selesai ikat, diorang siap sedia ke kereta masing-masing.
Driver BMW: "dik.. kalau saya bawak laju.. awak bagi la high beam so saya boleh slow sikit nanti"
Driver Kancil: "OK"

Dalam perjalanan ke KL, jalan tak berapa sibuk. Ada la dua tiga bijik lori yang diorang potong. Tiba-tiba ada satu kereta Jaguar bawak laju potong dorang dan dia bagi hon kat driver BMW tadi. Ajak race. Driver BMW ni pun apa lagi, terus pecut kereta dia macam tak cukup tanah. Memula Jaguar tu duk depan.. lepas tu BMW potong Jaguar tu.. Jaguar tak puas hati.. dia bawak lagi laju.. BMW tu pun lagi la tak puas hati.. lagi laju dilanyaknya kereta dia. Race punya race.. polis trafik yang duk standby bawah flyover perasan.. dia pun calling calling geng dia kat flyover depan sana..

Polis1: "Weiii.. ko mesti tak caya.."
Polis2: "Apa halnya.."
Polis1: "Ada BMW race ngan Jaguar"
Polis2: "Apa yang peliknya.. biasa la.. nak kena saman la tu".
Polis1: "Punya la laju dorang bawak.. ada sebijik Kancil follow rapat je.. siap bagi high beam lagi kat BMW tu suruh ke tepi sebab dia nak potong..
Polis2: "lerr.. power giler Kancil tu"


Lawak1


Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia
tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam
1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.


Lawak 2

Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri
saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ??

Lawak 3

Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya... .

Lawak 4

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang
pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar,
baru la aku boleh bacee... ...


Amacam? Tak Cukup lg ker????

Cerita Lucu Lagi...

Hantu Kentut...?

Aku nak cerita satu cerita hantu nih..baca ye... cerita dia macam nih...
cerita ni berlaku kat gua musang kelantan..ada sorang taxi driver ni suka sangat cari duit lebih..dia selalu bawak teksi malam , lepas tu kalau orang naik, dia kenakan mahal2..orang terpaksalah sebab takut nak tinggal sorang2...

satu malam tu, dia tengah tunggu mangsa kat stesyen bas kat bandar tu..dia tu tunggu bas express dari mana2 yang sampai tengah malam buta..sebab lama tunggu tapi takde pun bas sampai, dia pun nak chow la... .tengah dia start engine teksi tu, ada satu bas dari kl menuju ke kota bharu singgah kat situ. tapi ada sorang aje penumpang yang turun. pompuan seksi pulak tu... dia pun tersengih la... .nampak mangsa la tu... .dia pun cepat2 keluar dari teksi dan pegi kat pompuan tu..cantik jugak pompuan tu..rupa dia, sikit2 macam you la... . ( just kidding..)

tapi pompuan tu bawak beg tangan aje..dia pun offer la nak hantar pompuan tu..sebab malam dah larut, embun pun dah turun dan lagi pulak senyap sunyi kat bus station tu, pompuan tu pun setuju ajelah... .(baik2 sikit..dah nak suspen ni... ) lepas tu, pompuan tu pun duduk la kat seat belakang..kampung dia lebih kurang 15 minit dari bandar tu... tapi memang ceruk gila la..

teksi driver ni ingat nak berbual2 ngan pompuan tu sepanjang perjalanan, tapi pompuan tu senyap aje..pemalu agaknya..masa dalam teksi tu, harum dengan bau minyak wangi pompuan tu aje..sepanjang-panjang perjalanan tu diorang tak cakap apa..

bila dah keluar sikit dari bandar tu, kiri kanan tinggal hutan aje..malam pulak tu gelap gila... mamat tu drive slow aje...

TIBA-TIBA... (jeng..jeng..jeng... .), pemandu teksi tu tercium bau busuk sangat... .dia cool aje mula-mulanya, tapi makin lama makin busuk pulak..dia dah mula gelabah! dia cuba tengok kat cermin kereta, tapi pompuan tu tunduk aje..makin lama makin busuk! dia pun drive laju sikit sebab dia dah tak sedap hati

dah le sepanjang jalan tu gelap gelita... .tak lama lepas tu..diorang lalu kubur orang Islam... lepas aje kubur tu, pompuan tu suruh lelaki tu berenti..dari jauh, pemandu teksi tu nampak le ada cahaya lampu kejauhan macam dari sebuah rumah..lelaki tu dah berpeluh habis! pompuan tu pun tanya berapa bayaran, pemandu teksi tu jawab le, 3 ringgit aje..biasanya, kalau jauh macam tu dia charge sampai 20 ringgit..tapi standaard lah kan..dah takut tu... .

lepas bayar, pompuan tu cepat- cepat keluar..lelaki pun lega la..bau busuk pun dah hilang..tengah dia nak start engine balik tu..tiba- tiba ada orang ketuk tingkap kereta dia! dia terus berdebar2 gila... dia taknak pandang sapa yang ketuk, tapi secara automatik aje tangan dia lowerkan tingkap tu..dia jelinglah, lalu ternampaklah dengan ekor mata dia,pompuan tadi kat ingkap tu..pompuan tu masih tunduk..tetiba aje pompuan tu pun cakap:

"Encik, maaflah pasal bau busuk dalam teksi tadi..saya terkentut sebab sakit perut sangat. siang tadi baru makan telur pulak tu... " lepas aje dia cakap tu, dia pun berlari ke arah rumahnya dan kedengaran lah oleh pemandu teksi tu sayup2 bunyi kentut pompuan tu yang tengah sakit perut gila..yang dia asyik tunduk dalam teksi tu sebab dia malu dia terkentut. sekian, terima kasih..


Cumbuan Pertama...?

Lepas abis kuliah jer aku terus gi bandar. ala nak hilangkan tensionlah katakan. petang tue memang aku tension giler coz pensyarah yang mengajar tue memang membosankan.

masa aku tengah duk lepak kat pondok rehat yang disediakan, aku ternampak sorang awek cun. memang cun gilerlah. awek tue duduk kat salah satu pondok rehat yang berada tak jauh dari pondok rehat aku. apalagi aku pun berdesup lah pegi kat awek tue.

sesampai jer aku kat awek tue, apalagi aku bagi salam lah dulu. lepas tue aku minta kebenaran dia nak duduk kat sebelah dia. yang pasti awek tue bagi respon baik nyer lah, apalagi dia bagi aku duduk kat sebelah dia lah.

memang segan bercampur banggalah duduk kat sebelah awek cun nie. yelah mana tak bangganya kalu dapat duduk kat sebelah awek cun nie. kalu lelaki lain duk memandang kat aku tak ker jelez.

lama gak lah aku duk mandang kat muka awek nie sampai dia pun naik segan. aku bukan aper tergamam tengok muka dia yang cun giler tue. utk hilangkan kegamaman aku tue, aku pun tanyalah dia mengenai diri dia. lepas dia abis duk ceghita pasai diri, dia pulak tanya pasai diri aku. aku pun terangkanlah A sampai Z kat dia.

selepas sessi suai kenal tue abis. aku pun duduk mula lah susun ayat. mula-mula skali aku tanya kat dia kalu2 yang dia dah ada empunya. dengan spontan dia jawab takde. pelagi aku pun ayat lah lagi. ayat-ayat punya ayat lepas tue nak jadi kan kisah dia sudi jadi awek aku. apelagi aku pun suka giler lah. mana taknya cinta segera macam nie tak ramai orang leh ikut dah ler petang tue aku tengah bosan dan dan terubat ngan benda baik macam nie. alahai nasib badan lah katakan.

hari nak kat malam. kebetulan kat seberang jalan tempat kita orang rehat ada pawagam. pelagi aku pun ajaklah awek aku nie gi tgk wayang dan dan pulak citer yang ditayangkan masa tue citer jiwang. apalah bertuah giler lah aku masa tue. aku rasa aku langkah kanan sebelum kuar campus tadi.

masa kat dalam pawagam, tangan aku duk merayap kata awek aku tue dan lepas tue aku nak kiss lah dia. dan dan masa aku tgh duk kiss dia tue. BEDEGANGGGG... . aku rasa kpala aku amat sakit masa tue. aku rasa benggang lah. aku pun duk tanya lah orang yang ketuk kpala aku ngan sudip tue :

aku : oi mangkuk, yang kau ketuk kpala aku ngan sudip tue pehal?
X : oi, kau perasan tak yang ko tue mengingau dah ler liat nak
bangun solat subuh. apalagi aku pun ketuk ler kpala ko ngan
sudip.
aku: ahhh... (melopong) ape? aku ngigau rupenye ... lah mati2
aku ingat aku dapat bercumbu ngan awek cun tadi.
X :bercumbu ngan awek cun aper... aku tengok ko duk
bercumbu ngan dinding kat tepi katil ko tue ade ler.
aku: ermmm... malang nasib aku pertama kali bercumbu ngan
dinding ... .


Kisah Seram...?

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya " Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini? "Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??" Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...

'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak. Terkeluar dari mulutnya..'' Tapi hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya... seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni... seorang diri pulak tu...

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu... Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... Tiba-tiba... dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi .Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya... .

Dia pun beranikan diri dan bertanya.. ''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? ''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat... '' '' Saya ada kelas yasin... '' jawab perempuan tu ''Tapi.. putihnya lain macam aje... tak pernah pulak saya tengoknya '' tanya lelaki tu lagi. ''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??'' '' Eyea... lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya... '' '' Ehh takkan sampai seram...?????