Blogger Pages

Thursday, November 20, 2008

BACALAH 2...

ATAS KATIL?...BAWAH KATIL...???

Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!
Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu.


Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?
Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.
Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?
Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.
Doktor: Ya..bagaimana?
Malek: Dia suruh saya potong kaki katil... .


KASUT???

Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam. Malangnya, kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan meminjamkan kasut itu kepadanya. Macam mana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut. Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.

Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu. Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka. Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, "Osshh! Ketatnya!".

Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi... .. Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, "Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit je sayang".

Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. Keluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan... ahak..ahak... ahak... ...

moral: kena ler... standby... kasut kahwin 2 ker..3 ker... .. Tak ler kalut macam kejadian di atas...


POLIS DAN PEMANDU..???

Sebuah kereta memecut dengan laju kerana pemandu lewat ke tempat keje.Kebetulan sebuah ambulan berade dalam kecemasan, semua kenderaan memberi laluan dan pemandu kereta tersebut mengambil kesempatan mengekori ambulan tu. Tiba-tiba datang kereta peronda polis dan mengarahkan pemandu tadi berhenti.

polis :Kenape awak memandu dalam kelajuan yang melebihi
had
pemandu:Tolong lah encik ,saudara saye berade dalam ambulan
tu, tu yang saye ikut dengan laju.
polis :Awak nak kelentong pun agak-agak le sikit.Saye pun
tengah ikut ambulan tu, sebab kat depan sane ade
kemalangan.
pemandu:??!!!!!!!!


KISAH DUA SEKAWAN..?

adelah dua sahabat baik nih yg tinggal sekampung..diorang nih da lamer da bekawan... yg kesiannyer..dorang nih sm2 pekak...

nk dipendekkan cite... sorang nm nyer samad..sorang lagi samit... ader la st hari tu... samad dressing smart2 laaa..pas tu dier g la tngu bus kat st bus stop kt kmpung diorang tu...

kebetulan la plak si samit lalul kt ctu... ikuti perbualan samad ngan samit... .

samit: amboi2... .smart nmpak..nk g mn tu??nk ke pusat bandar ker

samad: takla... aku nk g pusat bandar kejap..ader barang nk beli cket...

samit: ooooo...ingatkan nk g pusat bandar tadi....


KISAH JAGUNG DAN AYAM...???

"Jagung dan Ayam Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki tu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktorpun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "?????"


BABY KONTOT

aku ada sorang pakwe..namer dia akmal... .tapi kami tak penah pun jumpa,cuma dia penah tengok abg aku..itupun terserempak masa abg aku accident ngan van hari tue.tapi..aku tak tau la kenapa dia suka kat aku sedangkan dia tak penah tengok aku... tapi tak pa la,aku tak mau la kecewakan dia,so..aku pun terima la dia..malam hari tue dia tepon la aku... .dia pun tanya la tinggi aku berapa,aku pun kata la yang aku nie tak tinggi sangat cuma 150 cm... .
pas tue dia sengaja nak ngusik aku... .nak tau apa dia panggil kat aku ... "baby kontot"... ..
arghhhhhhhh... .geramnya aku...
ala... aku tau la yang dia cuma gurau jer... .tapi geram tau!!!... .bila aku teringat balik... nak tergelak pun ada..

haaa... .tue la cerita pakwe aku panggil kat aku "baby kontot"... ..hehehehe...


CICAK YANG BUDIMAN


Pada suatu hari, termenunglah seekor cicak yang sedang mengenangkan nasib diri dan keluarganya .Setelah sekian lama berfikir dan berfikir dan berfikir ..tanpa disedari tiba-tiba ia terjatuh .Bahaya ni!!!!! sebaik sahaja sampai di atas lantai, dengan sepantas CAHAYA ia kembali semula memanjat naik ke atas siling dan sambil berkata ,Fuu... .nasib baik aku sempat tahan siling ni, kalau tidak mesti dia jatuh jugak macam aku... ... .


PISANG

Pada suatu hari, 3 sekawan telah di hadapkan ke Mahkamah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di dalam ZOO NEGARA. Beginilah dialog antara Tuan Hakim dan 3 sekawan itu di dalam mahkamah.

Hakim : wahai ketiga0tiga pemuda sila sebut nama anda dan kesalahan yang anda lakukan.

Pemuda 1 : Nama saya Ali. Saya dituduh kerana mencampak pisang ke dalam kendang singa.

Hakim : Kamu pula wahai pemuda??

Pemuda 2 : Nama saya Halim. saya dituduh kerana bersubahat dengan Ali untuk mencampak pisang dalam kandang singa.

Hakim : Kamu pula wahai pemuda??

Pemuda 3 : Saya ke Tuan Hakim.Errr... Nama saya PISANG. Saya la yang mereka campak di dalam kandang singa tu wahai Tuan Hakim... .

Hakim : ... ... ... @!!&^#(!#

No comments: