Blogger Pages

Saturday, March 5, 2011

Perihal Burger

Soalan: Siapa yg mula2 buat burger? Org Melayu ke Org Putih?
Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula2 buat Burger Dale (Begedil)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?
Jawapan: Burger Rack (Bergerak)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?
Jawapan: Burger Tar (Bergetah)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh didengar?
Jawapan: Burger Ma (Bergema)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh mencederakan?
Jawapan: Burger Load (Bergelut)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?
Jawapan: Burger Gar (Bergegar)

Soalan: Banyak2 burger, burger apa yg buat kite ketawe?
Jawapan: Burger Luck (Bergelak)


Monday, February 28, 2011

Biar Padan Ngan Muka Dia..!


Suami sedang nazak dan hampir meninggal. Dia pun berpesan kpd isterinya...
Suami: SaYang, sebelum I mati..I nak u kahwin dengan Harun...
Isteri: (Terkejut) Isyk u nie.. kan Harun tu musuh ketat u?! U rela menyerahkan I kepadanya?
Suami: I nak dia menderita seperti yang I alami 30 tahun bersama u...

Thursday, February 24, 2011

Siapa Yang Tak Tanya...?


Seorang penumpang di dalam keretapi elektrik bertanya pada konduktor,
"Adakah merokok di benarkan?" 

"Tidak",konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut.

"Kalau begitu, dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?" 
Konduktor itu menjawab,"Dari mereka yang tidak bertanya soalan."

Monday, February 21, 2011

Suami Isteri Tukar Jantina


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Datang Bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."