Blogger Pages

Friday, January 16, 2009

Lawak Petang

Hukuman untuk guru

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."


100%

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.
"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.
"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."


Hari Yang Buruk

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.
"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.


Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.
Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."
Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"
Anak : "2 kilo pakcik"
Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."
Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia... "

No comments: