Blogger Pages

Friday, January 16, 2009

LAWAK HARI INI 2

KISAH SEBENAR SEORANG MAT ROCK

Jack, nama samaran yang diberikan pada members rock yang selalu longgok dibawah blok HDB di timur Singapura. Selalu rockers ini akan berkumpul ramai ramai dan ditemankan guitar tong. Biasa lah.. kalau dah bercampur,salah satu ada perangai macam setan.

Jack mula terpengaruh dengan drug. Nak diikutkan, Jack ni budak baik.. tapi semenjak dia dah berjinak-jinak dengan drug ni, dia semakin liar. Selalu mata dia kuyu semacam aja, kalau dia tongkat dengan lidi mancis, mungkin patah lidi tu. Di pendek kan cerita, satu petang bila Jack dah "kena" dia pun kata kat geng-geng dia "Wa mau naik atas kat rumah wa, nanti wa turun lagi".

Jack pun naik lif dan terus tekan butang tingkat 15. Masa tengah jalan kat koridor menuju rumah dia, Jack terdengar ada suara memanggil dia. Jack toleh ke belakang tapi satu ekor bayang pun tak ada. Dengan mata serta muka dia yang dah "high" dia jenguk pula ke bawah!

Perasan dia, dia nampak ada satu minah cun gila lambai-lambai dari bawah blok. ntah macam mana, Jack tiba-tiba panjat tembok kat koridor tu sambil balas lambaian minah yang dia nampak dibawah tadi. Tak diduga, Jack terjatuh dari tingkat 15. "Gedebuk!" (rasa-rasa macam tu lah sound effect kalau orang jatuh dari flat).

Members dia yang masih dibawah blok terperanjat berok bila diorang kenal orang yang jatuh. "Oiiiiiiii.. Jack lah jatuh!!" "Eh!... . dia masih hidup lah!" Salah satu members Jack dengan pantas talipon Police.Tak sampai 10 minit Police dengan Ambulance pun datang kat tempat kejadian tu. Mat kampau dengan ambulance attendance pun heran macam mana Jack boleh survive.

Setelah Jack di angkat kedalam ambulance, Jack sempat mintak air dengan ambulance attendance. Masa memberi air, attendance tu pun tanya kat Jack... "Macam mana kau boleh survive jatuh dari tingkat 15?" Dengar muka Sardine dan yang masih stim tu lagi, Jack jawap... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..



vvvvvvvvvvvvv

vvvvvvvvvvv

vvvvvvvvv

vvvvvvv

vvvvv

vvv

v

.

.

.

.


"ROCK WILL NEVER DIE!!!!!!!"


SUDU DAN BENANG

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."




KISAH INTERVIEW


Zali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!".

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Zali ni. Jadi dia pun tanyalah Zali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Zali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."

Lepas tu pengurus tu terus koma!!

Bacalah Lagi 1

ABANG AKU..?

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!" Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"


selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET... ... ".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" nak tau apa yang si mamat nie jawab... ... ... ... "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi... "



KISAH SEORANG PANGLIMA

Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf... panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)



NENEK TUA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut..

nenek itu berkata "Nanti dulu". Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".

Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?" "Bila dia menangis". "Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?" "Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."


LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!






Memo Kepada Staf

Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2005, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:
Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.
Selamat Tahun Baru

Hari Ini Kita Baca Ini...

Mencari Kasut Kulit Buaya

Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal.

" Mahal sangat nie", kata perempuan itu.
"Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.

Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai. Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya kearah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "Sial, yang ini pun tak pakai kasut."


Perut Lembu

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin, si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidor mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi ia mengegarkan bilik tidor dan baunya yarabbi tak leh nak cerita nanti penulis muntah pulak. si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tu dan banyak kali termuntah sebab tak tahan, tapi silaki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semula jadi yang baik untuk kesihatan. satu hari si bini yg dah lama tak tahan perangai si laki berkata, " satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar, semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka", silaki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba, keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak banyak bungkusan tu ada perut lembu, hati, paru-paru.. maka timbul lah idea si bini nak pekena laki dia. masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokkan perut lembu yang berjela jela betul betul kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya.

Dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dasyat bunyi nya dan maha belantung baunya, si bini tunggu dengan penuh kusyuk, dari dlm bilik tido terdengor suara laki dia menjerit sakan, histeria gitu, sibini tertongeng tongeng dan guling guling ketawa. 20 minit pastu si laki pun kedapor untuk sarapan, sibini pun buat buat donno dan kontrol macho.

"Masin betul lah mulut awak, habis tali perut saya terkeluor macam yang awak cakap aritu. kata laki dia bersunguh sunguh.

"Habis tu abang buat macam mana" tanya sibini sambil kontrol suara dan perut yg nak pecah sebab nak ketawa.

"Nasib baik abang tak panik, abang terus ke bilik air, dan sekarang semua dah settle".

"Hah dah settle! abng buat macam mana" tanya sibini, agak suspen.

"Dengan menggunakan jari sahaja abng berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi... tak payah susah susah pegi hospital untuk operasion" Si bini diam kaku...

moral: perut lembu tak boleh di salahgunakan



Lawak Petang

Hukuman untuk guru

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."


100%

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.
"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.
"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."


Hari Yang Buruk

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.
"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.


Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.
Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."
Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"
Anak : "2 kilo pakcik"
Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."
Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia... "