Blogger Pages

Monday, March 16, 2009

Lawak Tengahari...?

Burung Spesel

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel.. Si isteri bertanya..pada si suami... " Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!" Suami menjawab.. " Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.." Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya... burung itu terus menyanyi lagu POP.. Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak.. Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula.. Si isteri pun suka dan bertanya.. " Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?" Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.." Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu. .burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "



Alahai Mak Cik... ... ...

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. . Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi.. Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi... . Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu.. Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie.. Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning.. " Kalau makcik ngendap saya sekali lagi... saya rogol makcik!!!" Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..



Dua Ekor Hantu

Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka
mati... ...

Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?
Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...
Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu?
Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti
ais... mula2 aku cuma menggigil, lepas tu anggota aku
mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap dan
akhirnya... ..tapi aku rasa bersyukur kerana aku mati
tanpa banyak kesakitan... .
Hantu 1 : Ishhh... kesiannya kau
Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati... .?
Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...
Hantu 2 : Oooo... cam mana kau boleh kena serangan
sakit jantung?
Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang.
Suatu hari, aku balik ke rumah secara mengejut. Aku
nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Aku tahu
mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan
lain..Aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri
aku... aku tahu mesti jantan tu bersembunyi kat
mana2..aku lari masuk bilik air, tak de jugak,
kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam
setor, pun tak ade... aku lari naik tingkat atas
semula, tengok dalam almari... ..sebab terlalu penat
aku berlari la aku kena sakit jantung... memang sakit
dan akhirnya... .
Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti ais... kalau
tak, kita berdua masih hidup lagi sekarang ni... .




Baju Cinta Nenek....?


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..
"Yg kau telanjang tu nape!!!? " marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya.
Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu... .
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer? " marah si atok tadi.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA? ... ... Kok iyea pun... .. IRON la dulu baju tuh!!nampak sangat kedutnyer... .."


Sunday, March 15, 2009

Lawak Pagi Buta : 3(Tiga) Kali Je....

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Sofia.

"Sofia, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuhi bersama, abang amat menyanyangi Sofia, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak fikiran abang ni dan abang selalu tertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Sofia curang dgn abang selama ni?"

Sofia agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Sofia mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni" "3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Sofia?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Sofia pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.." "Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Sofia kerana apa yg Sofia buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Sofia ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh Sofia, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Sofia sebab apa yg Sofia buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi... ."

Tan Sri pengsan kat situ jugak... .

Petikan dpd VF

Lawak Pagi Buta : Kisah Tok Imam Dan 3 Mangkuk Ayun

Di sebuah kg ada 3 org remaja yang suka lepak. seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat eden semuo ni jahil sangat ke? Takpa, nanti eden semuo buktikan yang eden semuo bukan lah jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus saja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala... " dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk juga lagi.. Masuk saja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur lah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. tiba-tiba saja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai lah habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respect tok imam kat si Ciko niii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat eden sembahyang. He heee... "

Tok imam pun terkedu & terpana...